Menu

IKHLAS

*IKHLAS*

‎ وعن الفضيل بن عياض رضي الله عنه قال: ترك العمل لأجل الناس رياء والعمل لأجل الناس شرك والإخلاص أن يعافيك الله منهما

Fudhail ibnu ‘Iyadh mengatakan, “Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, beramal kerana manusia itu syirik, dan ikhlas itu bahawa Allah menyelamatkanmu dari keduanya”

قال أبو القاسم القشيري رحمه الله تعالى :  الإخلاص تصفية الفعل عن ملاحظة المخلوقين

Abul Qosim Al Qusyairiah juga mengatakan, “Ikhlas adalah membersihkan amalan dari perhatian (ulasan) manusia.”

‎وعن ذي النون رحمه الله تعالى قال: ثلاث من علامات الإخلاص استواء المدح والذم من العامة ونسيان رؤية العمل في الأعمال واقتضاء ثواب الأعمال في الآخرة

Dari Dzun Nuun RahimahulLahu ta’ala, menyebutkan tiga tanda ikhlas:

1. Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.
2. Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.
3. Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).

(At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi)

*Anwar Musyaddat*